Tentera Zionis roboh rumah di kota Baitulmaqdis

KOTA BAITULMAQDIS, 11 Ogos 2020 — Tentera penjajah meroboh sebuah rumah tiga tingkat milik keluarga Tahhan di daerah Silwan, di selatan Masjid al-Aqsa, menyebabkan 25 ahli keluarga kehilangan tepat berteduh.

Pasukan polis bersama pekerja perbandaran Zionis mengepung rumah tersebut, memaksa semua penghuninya keluar dan kemudian merobohnya. Bahkan pihak tentera enggan memberi masa kepada pemilik bagi mengeluarkan semua perabot.

Rumah kediaman tiga beradik Wa’el, Ala’ dan Nader Tahhan itu dibina 20 tahun lalu. Sehingga kini, mereka telah membayar denda sebanyak 250,000 Shekel (RM213,000) kepada pihak perbadaran Zionis, atas tuduhan tidak mempunyai permit pembinaan.

(Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts