Ringkasan

Tentera Zionis Roboh Rumah, Khemah dan Telaga Penduduk Palestin

areaC-01BAYT LAHM, 29 OGOS 2012 — Rejim pengganas Zionis Yahudi bertindak meroboh sebuah rumah penduduk tempatan, Abdul Majid Abu Zmeit, dengan menggunakan jentolak yang dikawal ketat oleh tentera di kampung al-Ubeidiya di sini.

Minggu lepas, Abdul Majid telah menerima satu perintah yang dikeluarkan oleh tentera Zionis itu bahawa rumah beliau akan dirobohkan kerana ia dibina berhampiran dengan jalan pintas yang digunakan oleh peneroka haram Yahudi di Kawasan “C” itu.

Kawasan “C” merupakan 60 peratus daripada wilayah di Tebing Barat yang diduduki Yahudi di bawah kawalan penuh tentera rejim pengganas Zionis. Penduduk Palestin di kawasan ini sering menjadi mangsa kepada kejahatan dan kekejian Yahudi, termasuklah pencerobohan tanah untuk dijadikan penempatan haram, pembinaan jalan pintas untuk pendatang Yahudi dan juga kegunaan ketenteraan.

Pergerakan penduduk Palestin di Kawasan “C” ini juga dibelenggu dengan sekatan-sekatan dan kawasan-kawasan larangan yang diisytiharkan sebagai “zon tentera”.

Terdahulu pada hari Selasa di selatan al-Khalil (Hebron), tentera Zionis Yahudi turut memusnahkan lima buah telaga air dan beberapa khemah penempatan di kawasan Zanuta yang dimiliki oleh penduduk tempatan, Odeh Abu Sharekh, Ideis Abu Sharekh, Nabil Samamreh dan Mohammad Samamreh. Beberapa orang penduduk yang membantah tindakan hina dan tidak berperikemanusiaan ini turut dipukul tentera Zionis Yahudi.

Manakala di kawasan Susiya pula, tentera Zionis turut meroboh dua buah khemah kepunyaan Mohammad Mousa Abu Ghanam, iaitu bapa kepada 10 orang anak. Keluarga beliau terpaksa bermalam di luar berikutan pemusnahan tempat tinggal mereka itu.

areaC-02

——-

Sumber berita daripada Ma’an News Agency dan International Middle East Media Center (IMEMC).

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts