Tentera Zionis roboh rumah penduduk Palestin di Beit Lahm

BEIT LAHM, 3 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi meroboh sebuah rumah milik keluarga Palestin di perkampungan Battir di barat Beit Lahm, walaupun rumah tersebut dibina lengkap dengan dokumen dan pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa rejim.

Rumah seluas 120 meter persegi milik keluarga Raed Abu Harthiyeh di kawasan al-Khimar itu diroboh atas alasan dibina tanpa permit.

Rejim Zionis mengisytiharkan sebahagian besar daripada kawasan Battir sebagai Zon C, iaitu kawasan yang dikawal penuh oleh tentera Zionis dalam Perjanjian Oslo 1995.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts