Tentera Zionis roboh rumah penduduk Palestin di utara al-Quds

AL-QUDS, 22 Feb 2016 (PNN) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi memusnahkan sebuah rumah penduduk Plaestin di bandar Beit Hanina di utara al-Quds, atas alasan ianya dibina tanpa kebenaran.

Sepasukan besar polis mengiringi buldozer dan memaksa keluarga Lo’ai Abu Romoz keluar sebelum mula meroboh rumah seluas 130 meter persegi itu, yang dibina lapan tahun lalu.

Tujuh ahli keluarga terbabit termasuk kanak-kanak kini tidak lagi mempunyai tempat tinggal.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts