AL-KHALIL, 29 Julai 2018 — Pasukan tentera Zionis hari ini menyerbu pasar Dweik di Bab al-Zawiya di kota al-Khalil dan merosakkan barangan di sebuah kedai menjual pakaian milik keluarga al-Harroub.
Tindakan tersebut mencetus suasana panik terutama di kalangan kanak-kanak dan wanita yang berada di pasar.
Tentera Zionis kemudian menangkap pemuda Hasan Khalil al-Harroub, 32, dan melarikan beliau ke lokasi rahsia.
Dalam kejadian berasingan, tentera Zionis turut menculik wanita Palestin, Reem al-Haimouni, dan merampas wang milik keluarganya berjumlah 30,000 Shekel. Mereka pada awalnya memecah masuk rumah beliau untuk menangkap suaminya Luay Hassan, tetapi sebaliknya menangkap Reem kerana tidak dapat menemui suaminya itu.
(PIC, IMEMC)