Tentera Zionis Rosakkan Tanah Pertanian Dan Curi Pohon Zaitun

TULKAREM, 14 Dis 2015 (MEMO) — Tentera Zionis semalam meratakan tanah pertanian dan mencabut pohon-pohon zaitun di kejiranan Shufa di Tulkarem.

Sepuluh buah kenderaan tentera mengiringi dan mengawal empat buah buldozer yang merosakkan seluas 27 dunam (6.7 ekar) tanah pertanian itu. Mereka turut memusnahkan sebuah rumah hijau besar dan sekitar 200 pohon zaitun serta pokok limau. Pohon-pohon zaitun yang dicabut kemudian dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

Tentera Zionis mendakwa tanah tersebut telah ditinggalkan oleh pemiliknya, sedangkan pemilik tersebut memilik semua dokumen sah pemilikan.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts