BAITULMAQDIS, 4 Jun 2018 — Pekerja-pekerja Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Zionis menyambung semula kerja penggalian di kawasan tanah perkuburan Bab al-Rahma, di luar tembok Kota Lama Baitulmaqdis.
Mereka dilaporkan mula menggali liang-liang kubur dan tanah di kawasan tersebut kira-kira 20 hari lalu. Semalam mereka menyambung semula kerja-kerja tersebut, yang bertujuan untuk membina sebuah “taman negara Yahudi” yang melibatkan sebahagian daripada tanah perkuburan itu.
Bulan lalu, mereka memasang pagar besi mengelilingi sebahagian daripada tanah perkuburan yang telah dirampas.
(MEMO, IMEMC, PIC)