Tentera Zionis sambung pembinaan penempatan Yahudi di Gurun Naqab

NAZARETH, 1 Ogos 2017 — Hampir enam bulan selepas meroboh perkampungan Umm Hiran di Gurun Naqab, rejim Zionis menyambung semula rancangan mereka untuk membina sebuah penempatan haram Yahudi yang dipanggil Hiran.

Penempatan tersebut akan dibina di satu kawasan luas di timur laut Gurun Naqab, termasuk tanah perkampungan Umm al-Hiran.

Kenyataan Kementerian Perumahan Zionis menyebut racangan tersebut adalah bertujuan untuk menghalang masyarakat Badwi Palestin daripada mengawal wilayah Gurun Naqab.

Umm al-Hiran adalah salah satu perkampungan besar masyarakat Badwi yang tidak diiktraf oleh rejim penjajah.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts