Tentera Zionis sekat 50 pelajar dan 8 guru sekolah di Jenin

JENIN, 18 Okt 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis tengahari tadi menyekat 50 pelajar Palestin serta lapan orang guru mereka di laluan masuk ke bandar Umm al-Raihan, dengan membiarkan mereka terkandas di sebalik Tembok Pemisah di selatan Jenin.

Para pelajar biasanya melintas sekatan pagar besi yang dipasang oleh tentera Zionis dilaluan masuk bandar tersebut untuk menuju ke sekolah mereka. Namun tentera Zionis menutup pagar tersebut dan membiarkan mereka terkandas sehingga lebih dua jam.

Pada masa yang sama semua penduduk Palestin yang tinggal di bandar Umm al-Raihan dan Dahar Maleh di selatan Jenin terkepung sepenuhnya di sebalik Tembok Pemisah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts