AL-KHALIL, 7 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis membina sekatan dan menutup laluan utama ke kawasan barat dan utara wilayah al-Khalil malam tadi.
Mereka turut membina sekatan berdekatan Beit Ummar di utara al-Khalil dan merampas kenderaan serta menahan penduduk Palestin. Pemuda Mus’ab Ibrighith, 22, ditahan selama lebih dua jam.
Sekatan jalan turut dipasang di bandar Idna di barat al-Khalil, di mana pekerja Palestin diperiksa secara teliti untuk melepasi sekatan dan menuju ke tempat kerja.
(PIC)