Tentera Zionis sekat penduduk Palestin untuk lancarkan laluan pendatang Yahudi

AL-QUDS, 12 Apr 2016 (PIC) — Setiap pagi sejak tiga minggu lalu, tentera penjajah Zionis menyekat laluan penduduk Palestin di antara perkampungan Anata di utara al-Quds dan sekatan Hizmeh yng menuju ke Kota Lama.

Sekatan tersebut dibuat hanyalah untuk mengelak kesesakan lalu lintas kepada penduduk Yahudi dari penempatan haram di Tebing Barat yang memasuki kota al-Quds untuk ke tempat kerja mereka.

Oleh kerana penduduk Palestin perlu menunggu selama satu setengah jam untuk melepasi sekatan tersebut, sebahagian daripada mereka terpaksa keluar seawal jam 4:00 pagi untuk cuba tiba di tempat kerja pada jam 7:00 pagi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts