Tentera Zionis sekat petani di Furush Beit Dajan airi tanaman

NABLUS, 13 Jun 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis semalam memotong saliran bekalan air yang digunakan oleh petani Palestin mengairi kebun mereka di perkampungan Furush Beit Dajan, timur kota Nablus.

Tindakan tersebut diambil kerana kononnya saliran tersebut dipasang tanpa mendapatkan lesen daripada pihak pentadbiran awam tentera. Ia akan memberi kesan buruk kepada hasil pertanian penduduk di situ pada musim ini.

Pada masa yang sama tentera menghalang petani menggunakan sumber air bawah tanah untuk mengusahakan kebun mereka. Rejim Zionis merancang untuk merampas kebun petani Palestin di Furush Beit Dajan untuk projek penempatan haram Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts