Tentera Zionis sengaja cuba gugurkan anak kandungan Muhamed al-Fakih

QALQILIYA, 4 Ogos 2016 (Anadolu) — Sekumpulan tentera wanita Zionis secara sengaja menyerang isteri syahid Muhamed al-Fakih untuk cuba menggugurkan anak dalam kandungannya.

Tentera Zionis awal pagi semalam memecah masuk rumah keluarga mertua Muhamed di bandar Qalqiliya, kemudian memukul sehingga parah isterinya Hadeel Awda dan bapa mertuanya Zuheir Barakat Awda.

Bapa mertuanya jatuh pengsan akibat pendarahan otak dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan tenat.

Dalam kejadian tersebut, beberapa orang tentera wanita Zionis memukul Hadeel yang sedang hamil empat bulan di bahagian perut dan menolaknya ke dinding.

Menurut kenyataan Hadeel, tentera penjajah secara tiba-tiba memecah masuk bilik tanpa memberi peluang untuk beliau menutup aurat. Mereka kemudian memaksa Hadeel memasuki sebuah bilik lain untuk disoal siasat, di mana beliau dipukul dan diberitahu bahawa mereka akan menggugurkan bayi kandungannya.

Syahid Muhamed al-Fakih dibunuh oleh tentera Zionis pada 27 Julai lalu di perkampungan Sourif di al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts