Tentera Zionis sengaja tembak dua belah kaki kanak-kanak Palestin

QALQILIYA, 31 Julai 2017 — Tentera Zionis secara sengaja menembak kedua-dua belah kaki dan sebelah tangan kanak-kanak Palestin Mohammed Qaddumi, 13, ketika sedang mengutip kayu api berdekatan Tembok Pemisah di sempadan perkampungan Jayus, utara Tebing Barat minggu lalu.

Mohammed masih dalam keadaan serius dan sedang dirawat setelah menjalani pembedahan di Hospital Meir di Kfar Saba.

Ketika ditembak, beliau bersama-sama tiga adik-beradiknya sedang berjalan bersebelahan Tembok Pemisah berdekatan rumah mereka. Tentera Zionis yang berkawal di bawah pohon-pohon zaitun secara tiba-tiba menembak mereka sebanyak tiga kali, sungguhpun kanak-kanak tersebut tidak bersenjata.

Tentera Zionis telah membuat dakwaan di mahkamah ke atas Mohammed, atas dakwaan membaling batu ke arah mereka.

Tentera Zionis lazimnya menggunakan kaedah “menembak untuk mencacatkan” ke atas kanak-kanak Palestin yang tidak mematuhi arahan mereka.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts