Tentera Zionis Serang Al-Khalil, Culik Penduduk Dan Jurnalis

AL-KHALIL, 21 Nov 2015 (PIC) — Tentera Zionis awal pagi ini menceroboh masuk dan menyerang beberapa kawasan kejiranan di Al-Khalil dan bandar-bandar sekitarnya, serta menculik beberapa orang penduduk yang didakwa menjadi anggota pergerakan Hamas.

Kejiranan al-Salam, Wadi Abu Aktillah dan Azzeitoun, al-Harayek serta bandar-bandar Dura, Deir Samet dan Sa’ir diserang oleh tentera sebelum mereka menculik Mohamed al-Qawasmi, Othman Sharif, Izzat al-Khatib, Ismail Bader, and Nader Natsheh, Ahmed Qazzaz, dan Samaha Kawazbeh.

Manakala di bandar Sa’ir, tentera memasuki tiga buah rumah penduduk Palestin yang masih dalam pembinaan di kejiranan al-Hadeb dan memberitahu pemiliknya bahawa mereka bercadang untuk terus tinggal di dalam rumah itu sampai bila-bila.

Beberapa buah rumah di bandar Deir Samer di barat Al-Khalil juga dimasuki dan digeledah oleh tentera. Mereka kemudian mengisytiharkan bandar tersebut sebagai kawasan tertutup tentera serta menangkap beberapa orang pemuda Palestin. Dua orang jurnalis yang membuat liputan kejadian, Radi Karameh dan Helmi al-Jaaba, juga diserang oleh tentera dan dirampas kelengkapan mereka.

Sementara di Ramallah, jurnalis Mohamed al-Qeiq diculik berikutan serangan tentera Zionis menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Komputer dan telefon di dalam rumah beliau juga dirampas.

Di bandar Wadi Abu Aktillah, seorang penduduk Palestin ditangkap apabila tentera menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Tentera juga dilaporkan memecah masuk dan merosakkan stesen Radio Al-Khalil sebelum memaksa stesen tersebut ditutup selama enam bulan atas alasan membuat hasutan terhadap rejim Zionis.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts