GAZA, 28 OGOS 2012 – Tentera rejim Zionis Yahudi telah melancarkan beberapa serangan roket ke atas wilayah Gaza pada malam Isnin dan awal pagi Selasa. Serangan yang dilancarkan menggunakan kapal tentera laut dan juga jet pejuang itu menyasarkan daerah utara Gaza dan kawasan pertanian di lembah Gaza.
Sekurang-kurangnya lima butir roket dilancarkan ke arah sebuah bangunan keselamatan di barat Kota Gaza, menyebabkan dua orang wanita tercedera.
Menurut laporan jurucakap Kementerian Kesihatan, Dr Ashraf al-Qudra, kedua-dua penduduk awam yang tinggal berdekatan sasaran tersebut mengalami kecederaan ringan dan telah diberi rawatan.