Tentera Zionis Serang Hospital Al-Makassed

AL-QUDS, 2 Dis 2015 (IMEMC) — Tentera Zionis lewat petang semalam melepaskan dua tembakan bom gas ke kawasan Hospital Makassed di bandar at-Tour, Al-Quds.

Gas dari tembakan tersebut merebak sehingga ke wad kanak-kanak dan Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga menyebabkan ramai pesakit, termasuk kanak-kanak, dan pelawat mengalami masalah sesak nafas. Seorang wanita yang menemani anaknya di wad kanak-kanak melecur di bahagian tangannya apabila mengambil bom tersebut untuk dibaling semula ke luar bangunan.

Pihak pentadbiran hospital mengeluarkan satu kenyataan media mendesak pihak hak asasi dan guaman antarabangsa supaya segera campur tangan dan menghentikan pencabulan rejim Zionis yang semakin ketara. Hospital al-Makassed kebelakangan ini sering menjadi sasaran pencerobohan dan serangan oleh tentera Zionis.

Tentera Zionis mendakwa mereka mencari penduduk Palesti nyang membaling batu dan bom Molotov ke arah kenderaan mereka, dalam pertempuran sebelum ini di kawasan hospital tersebut. Hospital ini diserang sebanyak enam kali sejak Oktober lalu.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts