Tentera Zionis serang hospital di Ramallah, culik penduduk Tebing Barat

RAMALLAH, 4 Mei 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis malam tadi menyerbu Kompleks Perubatan Ramallah sambil melepaskan tembakan peluru hidup dan bom pemedih mata selama kira-kira satu jam.

Beberapa orang penduduk, pesakit dan kanak-kanak dilaporkan mengalami sesak nafas dalam serangan tersebut.

Sementara itu peronda tentera Zionis turut menyerang masuk bandar Huwara di selatan Nablus dan menangkap seroang pemuda, Mohamed Namer, di rumahnya.

Dalam pada itu, tentera menahan kenderaan penduduk Palestin yang meninggalkan kota Nablus melalui sekatan Za’atara untuk pengenalan semua penumpang.

Seorang siswa, Mohamed Asida, turut ditangkap dari rumahnya di bandar Tell di selatan Nablus. Beberapa orang lagi ditangkap setelah tentera menggeledah rumah mereka di bandar Beit Ummar di al-Khalil dan juga kem al-Deheisheh di Beit Lahm.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts