Tentera Zionis serang Jenin, bina sekatan jalan

JENIN, 1 Ogos 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis petang semalam menyerang masuk bandar al-Jadida di selatan wilayah Jenin dan membina sekatan-sekatan jalan, tanpa memberi sebarang alasan.

Penduduk, terutamanya para pemuda, disekat di sekatan pemeriksaan yang dibina di laluan masuk ke bandar, di mana semua kenderaan dan pejalan kaki diperiksa.

Tentera Zionis turut menyerang masuk bandar Siris yang berdekatan dan membina halangan di jalan utama yang menghubungkan kedua-dua bandar tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts