Tentera Zionis Serang Kanak-Kanak Palestin Di Qalqilya

QALQILYA, 15 Nov 2017 — Tentera penjajah Zionis menyerang sekumpulan kanak-kanak Palestin di bandar Azzun di timur kota Qalqilya, menuduh mereka membaling batu ke arah pasukan tentera.

Kanak-kanak tersebut dikejar berdekatan laluan utama bandar Azzun di mana tiga daripada mereka ditangkap selepas dipukul. Tentera Zionis kemudian memasang sekatan jalan di situ.

Bandar Azzu nyang terletak berdekatan tiga kawasan penempatan haram Yahudi mencatatkan penangkapan kanak-kanak Palestin yang tertinggi oleh tentera Zionis.

(Sumber: PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts