Tentera Zionis serang kanak-kanak sekolah di al-Quds dan Nablus

AL-QUDS, 3 Nov 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis tengahari tadi menyerbu masuk sebuah sekolah menengah di bandar Jabal Mukabir di selatan kota al-Quds sebelum menangkap seorang pelajar dari sekolah anak-anak yatim Dar al-Aytam.

Dalam kejadian di selatan Nablus, dua pelajar ditangkap dalam pertempuran yang tercetus setelah pihak tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah pelajar yang sedang berjalan pulang dari sekolah. Seorang pelajar perempuan 15 tahun cedera terkena tembakan bom pelali dan beberapa yang lain mengalami sesak nafas.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts