Tentera Zionis serang kanak-kanak sekolah di al-Quds

AL-QUDS, 31 Okt 2016 (Maan) — Tentera penjajah ZIonis menyerang kanak-kanak sekolah Palestin di al-Quds Timur dengan tembakan peluru getah pagi tadi, atas alasan untuk menangkap mereka yang membaling batu.

Tentera Zionis menyerbu kawasan kejiranan Ras al-Amound di bandar Silwan, dan kemudian memasuki kawasan sekolah sehingga mencetus suasana panik di kalangan pelajar dan guru.

Mereka melepaskan tembakan peluru getah dan bom pelali secara rambang. Tiada kecederaan dilaporkan.

Pengetua sekolah menengah dan Guru Besar sekolah rendah ditahan dan dibawa ke balai polis Zionis di Jalan Salah al-Din untuk disoal siasat.

Tentera Zionis berkawal di kawasan tersebut setiap hari, di mana terletaknya sembilan buah sekolah dan sebuah tadika. Tindakan tentera menahan, menakut-nakutkan dan memeriksa pelajar menyebabkan kesesakan lalu lintas sehingga ramai pelajar sering tiba lewat di sekolah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts