Tentera Zionis serang keluarga Palestin di Qabatiya

JENIN, 29 Jun 2017 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menyerang sebuah keluarga Palestin di bandar Qabatiya di selatan wilayah Jenin awal pagi tadi.

Tentera peronda yang menaiki lima buah jip menyerbu kota Jenin sebelum menyerang ahli keluarga remaja Palestin, Layth Abu al-Rub, dan merosakkan rumah mereka.

Tentera Zionis turut merosakkan beberapa rumah lain untuk memburu Layth. Bapanya ditahan dan hanya dibebaskan setelah disoal-siasat selama beberapa jam.

Pertempuran tercetus di Jalan al-Hasaba, di mana tentera menyerang kumpulan pemuda Palestin dengan tembakan gas pemedih mata.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts