Tentera Zionis Serang Kem Pelarian Al-Duheisheh

BETHLEHEM, 8 Nov 2015 (Maan) — Tentera Zionis hari ini menyerang kem pelarian al-Duheisheh di selatan kota Bethlehem, menyebabkan tercetusnya pertempuran dengan penduduk.

Puluhan pemuda di kem tersebut membaling batu dan botol ke arah tentera yang melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru getah, di samping grenad pelali dan gas pemedih mata. Bagaimanapun tidak ada kecederaan ataupun tangkapan dilaporkan.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, tentera Zionis telah mencederakan sekurang-kurangnya 2,617 orang penduduk Palestin dengan tembakan peluru hidup dan peluru bersault getah sepanjang bulan Oktober lalu. Seramai 5,399 orang lagi dirawat akibat masalah pernafasan dalam serangan gas pemedih mata.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts