Tentera Zionis Serang Kem Pelarian Al-Fawwar

AL-KHALIL, 2 Nov 2015 (IMEMC) — Sekumpulan besar tentera Zionis menyerang masuk kem pelarian al-Fawwar di selatan Al-Khalil lewat petang semalam.

Tentera melepaskan tembakan peluru hidup dan peluru getah, yang kemudian dibalas oleh pemuda Palestin dengan balingan batu dan botol.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera Zionis terus mengepung bandar Sa’ir di utara Al-Khalil setelah menutup semua jalan masuk dan menghalang penduduk Palestin masuk mahupun keluar.

Mereka mengepung bandar tersebut setelah tiga orang askar Zionis tercedera dilanggar oleh kenderaan yang dipandu oleh seorang Palestin berdekatan persimpangan Einoun di timur Al-Khalil.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts