AL-QUDS, 10 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menyerbu bandar Abu Dis di kota al-Quds pagi tadi, melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah mahasiswa dan juga kanak-kanak pelajar sekolah yang beradadi kawasan Universiti al-Quds.
April lalu, enam pelajar Universiti al-Quds cedera ditembak dengan peluru getah.
Tentera Zionis menyerang kampus tersebut beberapa kali sepanjang tahun lalu. Selain daripada mencederakan mahasiswa, mereka juga merosakkan harta benda dan merampas peralatan serta dokumen, bahkan merosakkan serta merampas buku-buku yang disediakan untuk pelajar-pelajar miskin.