Tentera Zionis serang masuk pusat bantuan anak yatim di Beit Ummar

AL-KHALIL, 7 Mac 2016 (Maan) — Puluhan penduduk Palestin hari ini mengalami sesak nafas apabila diserang dengan gas pemedih mata ketika tentera Zionis menyerang masuk sebuah pertubuhan kebajikan yang membantu anak-anak yatim di bandar Beit Ummar.

Pihak tentera penjajah turut merampas fail dan peralatan komputer, di samping memukul staf dan mengikat pengawal keselamatan di dalam sebuah bilik.

Pemuda Palestin bertindak membaling batu ke arah tentera penjajah, yang kemudiaannya membalas dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru getah.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts