Tentera Zionis serang masuk sekolah anak yatim al-Quds buat kali ke-5

AL-QUDS, 20 Okt 2016 (MEMO) — Tentera penjajah Zionis menyerang masuk sekolah anak yatim al-Quds, Dar Al-Aytam al-Islamiyya, buat kelima dalam tempoh 10 hari dan menangkap remaja Maaz Khalil, 17.

Maaz diinterogasi atas tuduhan membaling batu ke arah tentera Zionis.

Sekolah tersebut ditutup sebelum tamat sesi bagi mengelak pertempuran dengan tentera Zionis.

Isnin lalu, tentera Zionis menahan Pengarah Kementerian Pendidik Palestin, Samir Jibril, yang bertanggungjawab ke atas semua sekolah Palestin di al-Quds Timur. Mereka turut menangkap 10 pelajar, yang sehingga kini belum dibebaskan.

Pelajar terbabit dituduh membaling batu dan botol ke arah tentera Zionis di Jalan al-Wad, berdekatan Pintu al-Majlis di Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts