AL-QUDS, 28 Julai 2017 — Tentera Zionis menyerbu masuk Masjid al-Aqsa malam tadi, menyerang para murabitun [penjaga] masjid sehingga menyebabkan puluhan murabitun dan jemaah tercedera. Beberapa orang yang lain ditangkap.
Tentera turut memecah masuk sebuah klinik yang terletak bersebelahan Musolla al-Qibli di Masjid al-Aqsa.