Tentera Zionis serang Nablus dan Jenin, culik penduduk dan rosakkan rumah

TEBING BARAT, 18 Sep 2016 (PIC) — Beberapa orang penduduk Palestin diculik apbila tenera Zionis menyerang masuk bandar-bandar di Nablus dan Jenin serta memecah masuk rumah penduduk awal pagi tadi.

Dua beradik Ibrahim dan Hamouda Hmeidan diculik dri kem pelarian Batala di timur Nablus setelah tentera memecah masuk dan menggeledah rumah mereka.

Pertempuran tercetus apabila tentera menyerang masuk bandar Sebastiya di utara Nablus untuk menangkap para pemuda yang terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan. Tentera melepaskan tembakan peluruh hidup, peluru getah dan gas pemedih mata.

Sementara itu tentera Zionis turut menyerang masuk wilayah Jenin dan merosakkan tiga buah rumah penduduk di bandar Sanour, di selatan wilayah tersebut, sebelum menangkap tuan rumah untuk disoal siasat.

Rumah pemimpin Hamas Ziad Gharbiyeh turut menjadi sasaran, di mana beliau kemudiannya ditangkap untuk disoal siasat.

Pada masa yang sama rumah penduduk Tawfiq Shaker di bandar Yabad di selatan Jenin dirampas dan dijadikan sebagai sebuah pos tentera. Mereka mengepung rumah tersebut dan mengibarkan bendera Zionis di atas bumbungnya, sebelum memulakan pemeriksaan ke atas penduduk yang melalui kawasan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts