Tentera Zionis serang nelayan dan petani Gaza

GAZA, 14 Jun 2017 (PIC) — Tentera laut penjajah Zionis melepaskan tembakan mesingan ke arah beberapa buah bot nelayan Palestin di perairan utara Gaza pagi tadi, memaksa nelayan berundur pulang ke pantai.

Dalam kejadian lain tentera Zionis yang berkawal di menara dan pengkalan tentera di Khan Younis, selatan Gaza, melepaskan tembakan ke arah kawasan pertanian berdekatan pagar sempadan. Bagaimanapun tidak ada kecederaan dilaporkan.

Terdahulu malam tadi, beberapa pesawat dron berlegar di udara beberapa kawasan Gaza.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts