Tentera Zionis serang pejabat kerajaan, 5 cedera

BAITULMAQDIS, 4 Nov 2018 — Puluhan polis dan tentera Zionis menyerbu pejabat Kementerian Hal Ehwal Baitulmaqdis dan menyerang penduduk serta pegawai kerajaan di kawasan Dahiat al-Barid, utara Baitulmaqdis.

Kenyataan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut seramai lima orang tercedera dan dikejarkan ke hospital berdekatan. Tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penduduk dan menembak grenad gas ke dalam bangunan pejabat.

Serangan tersebut merupakan sebahagian daripada kempen rejim Zionis menghalang sebarang bentuk pertubuhan atau wakil rasmi kerajaan Palestin di wilayah Baitulmaqdis.

(Maan, IMEMC, PIC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts