Tentera Zionis serang penunggang motorsikal di sempadan Gaza

GAZA, 5 Julai 2018 — Pasukan tentera Zionis yang berpengkalan berdekatan kawasan buangan sampah di sempadan Deir Balah melepaskan tembakan menggunakan pesawat dron ke arah seorang penduduk Palestin yang sedang menunggang motorsikal di situ.

Serangan tersebut menyebabkan motorsikal mangsa terbakar, namun beliau berjaya lari menyelamatkan diri.

Penduduk Gaza terutamanya para petani sering menjadi mangsa serangan di kawasan sempadan timur wilayah terkepung itu.

(IMEMC, PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts