BEIT LAHM, 23 Dis 2017 — Pasukan tentera Zionis hari ini menyerang perarakan aman bersempena sambutan perayaan Krismas di laluan masuk sebelah utara kota Beit Lahm.
Peserta perarakan diserang dengan tembakan gas pemedih mata. Jurufoto Agensi Berita Anadolu, Hisham Abu Shaqra, merupakan salah seorang mangsa yang cedera diserang gas pemedih mata.
Perarakan tersebut disusuli dengan satu sidang media oleh beberapa orang pemimpin Kristian, yang menolak deklarasi Trump mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibukota negara haram Zionis. Mereka menegaskan bahawa tidak akan ada kedamaian tanpa kota Baitulmaqdis.
(PIC, MEMO)