Tentera Zionis serang perhimpunan solidariti tahanan mogok lapar, bakar kemah

NABLUS, 1 Mei 2017 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menyerang masuk perkampungan Sabastoya di utara Tebing Barat, melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah ratusan penduduk yang menyertai perhimpunan solidariti ke atas tahanan mogok lapar dan menyebabkan kemah perhimpunan tersebut terbakar malam tadi.

Pertempuran tercetus selepas kebakaran tersebut, di mana tentera melepaskan lebih banyak gas pemedih mata. Sebilangan penduduk mengalami sesak nafas, namun tiada kecederaan parah dilaporkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts