GAZA, 13 Julai 2017 (WAFA) — Tentera Zionis yang berjaga di beberapa menara kawalan di sepanjang sempadan Gaza melepaskan tembakan peluru hidup secara sengit ke arah petani dan penternak Palestin di bandar Juhr ad-Dik, tenggara Gaza.
Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan.
Tentera Zionis menyerang petani di kawasan sempadan Gaza hampir setiap hari. Menurut Pejabat Koordinasi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA), zon keselamatan di sempadan merampas kira-kira 40% daripada wilayah Gaza.