Tentera Zionis serang petani Palestin, rampas peralatan

TUBAS, 6 Sep 2017 — Tentera penjajah Zionis menyerang petani-petani Palestin di kawasan Bardala di utara Lembah Jordan dan merampas peralatan yang digunakan untuk mengairi kebun mereka.

Tentera turut menahan sekumpulan petani yang sedang bekerja di kebun mereka di al-Ras al-Ahmar, namun membebaskan mereka setelah disoal siasat.

Serangan tersebut bertujuan untuk memberi tekanan kepda petani Palestin supaya meninggalkan tanah mereka.

Dalam pada itu, bekalan air ke perkampungan Bardala, Kardala dan Ein al-Beida dipotong oleh pihak berkuasa rejim sejak hari Sabtu lalu.

Seluas 300 hektar tanah pertanian di kawasan tersebut kini berhadapan dengan ancaman kemarau.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts