Tentera Zionis Serang Sekolah Di Al-Khalil

AL-KHALIL, 9 Nov 2017 — Pertempuran tercetus di Kota Lama al-Khalil apabila hampir 200 askar Zionis mengepung sekolah Zied Jaber tengahari tadi, kononnya untuk memburu pelajar yang terlibat dalam serangan membaling batu.

Para pelajar sekolah rendah tersebut bertindak membaling batu dan botol ke arah tentera yang melepaskan tembakan bom gas pemedih mata, mencederakan ramai pelajar.

Sekurang-kurangnya lima pelajar terpaksa dikejarkan ke hospital.

Sekolah perempuan Khadija Bint Khuwailid yang berdekatan turut diserang oleh tentera Zionis, sehingga semua pelajar terpaksa lari meninggalkan kelas sebelum tamat sesi persekolahan.

Sementara itu, tentera Zionis memutuskan untuk menutup Masjid Ibrahimi dan laluan ke Kota Lama al-Khalil dari tengahari Jumaat sehingga Ahad.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts