Tentera Zionis Serang Sekolah, Puluhan Pelajar Cedera

RAMALLAH, 19 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerbu perkampungan Deir Nidham di barat wilayah Ramallah dan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke kawasan sebuah sekolah, menyebabkan puluhan pelajar cedera sesak nafas.

Ketika kejadian, sekurang-kurangnya 280 orang pelajar berada dalam bangunan sekolah. Tentera mengepung sekolah tersebut serta beberapa kawasan kejiranan berdekatan untuk menyekat penduduk keluar.

Tentera juga menangkp dua orang pelajar dari bandar Betunia di barat Ramallah, manakala ramai yang lain cedera diserang dengan gas pemedih mata.

(IMEMC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts