Tentera Zionis serang sempadan Gaza

GAZA, 4 Mei 2016 (PIC) — Jet tentera udara dan pasukan meriam Zionis petang tadi menyerang beberapa sasaran di sepanjang sempadan Gaza.

Jet tentera penjajah membuat sekurang-kurangnya lima serangan ke kawasan lapang berdekatan tapak lapangan terbang di Rafah, manakala dua serangan meriam dilancarkan ke kawasan kejiranan kejiranan Shujayya dan al-Tufah di timur Gaza.

Tentera Zionis juga menyerang sebuah kawasan yang mereka dakwa sebagai tempat latihan mujahidin di timur Rafah. Sebuah bangunan tempat tinggal berdekatan pagar sempadan turut menjadi sasaran.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan dalam semua serangan tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts