Tentera Zionis serang tahanan Palestin dalam penjara Nafha

RAMALLAH, 26 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menyerbu bilik-bilik kurungan di penjara Nafha dan menyerang puluhan tahanan Palestin sebelum memindahkan mereka ke dalam bilik-bilik kurungan berseorangan.

Tahanan Wael al-Natsheh dilaporkan diserang secara ganas setelah beliau enggan menanggal pakaian untuk diperiksa. Beliau yang merengkok dalam penjara sejak 20 tahun lalu terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami beberapa kecederaan.

Kejadian berlaku hanya beberapa jam selepas tentera Zionis memecah masuk Wad 65 di penjara Raymond dan memindahkan 70 tahanan, termasuk Wael, ke penjara Nafha.

Lebih 7,000 tahanan Palestin dikurung dalam 17 buah penjara dan pusat tahanan Zionis. Kebanyakan mereka ditahan tanpa sebarang pertuduhan atau perbincaraan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts