Tentera Zionis serang, tangkap penduduk Palestin di pintu Masjid al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 23 Mei 2018 — Tentera penjajah Zionis menyerang penduduk Palestin yang berkelah dan bersosial di kawasan anak-anak tangga Pintu al-Amoud, salah satu laluan masuk utama ke Masjid al-Aqsa, selepas menunaikan solat Terawih malam tadi.

Salah seorang daripada mangsa telah ditangkap oleh tentera.

Menjadi tradisi penduduk Palestin duduk berkelah di kawasan tersebut untuk berehat dan bersosial selepas berpuasa dan bersolat Terawih.

Serangan tersebut dibuat selepas pasukan tentera menutup kawasan sekitar Pintu al-Amoud serta memasang penghadang besi di anak-anak tangga. Mereka hanya membuka satu laluan sempit bagi menghalau penduduk Palestin keluar.

Kawasan tersebut lazimnya aman sehinggalah pasukan polis dan tentera Zionis bertindak penduduk Palestin mengosongkannya.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts