Tentera Zionis Serang Universiti Al-Kadoorie

TULKAREM, 24 Nov 2015 (PIC) — Tentera Zionis menceroboh masuk kawasan Universiti Teknikal Palestin Al-Kadoorie dan melepaskan tembakan ke arah para pelajar yang bertindak balas dengan membaling batu.

Pertempuran tercetus sehingga kelas pengajian terpaksa ditangguhkan, di mana ramai pelajar mengalami sesak nafas akibat serangan gas pemedih mata.

Tentera meningkatkan kerahan mereka di sekitar kawasan universiti yang menyaksikan beberapa pertempuran sengit kebelakangan ini. Ia terletak di jalan masuk sebelah barat bandar Tulkarem, yang sering menjadi pusat berlakunya ketegangan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts