Tentera Zionis serang wilayah Gaza, 1 maut, 9 cedera

NAZARETH, 30 Okt 2017 — Tentera penjajah Zionis menyerang daerah Khan Younis di selatan Gaza, yang didakwa sebagai kawasan sebuah pengkalan pejuang Palestin, menyebabkan seorang terkorban dan sembilan yang lain cedera.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Shuhadaa al-Aqsa, di mana Ahmed Abu Armana, 25, disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital.

Terdahulu, tentera Zionis telah menyerang satu lagi kawasan yang didakwa sebagai sebuah pengkalan pejuang yang masih dalam pembinaan di sempadan daerah Khan Younis.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts