BEIT LAHM, 3 Dis 2017 — Tentera penjajah Zionis hari ini menyerbu dua buah sekolah, termasuk sebuah sekolah perempuan, di bandar al-Khader di selatan wilayah Beit Lahm.
Serbuah dibuat pada masa sesi sekolah sedang berjalan, menyebabkan suasa panik di kalangan para pelajar.
Pertempuran tercetus selepas tamat sesi persekolahan apabila pihak tentera mengganggu para pelajar, di mana tentera melepaskan tembakan gas pemedih mata dan grenad pelali. Beberapa orang pelajar ditangkap.
(Sumber: PIC, IMEMC)