Tentera Zionis serbu al-Aqsa, cari murabitun

AL-QUDS, 11 Apr 2017 (Alray) — Tentera penjajah Zionis malam tadi menyerbu dan memeriksa beberapa kawasan di Masjid al-Aqsa untuk mencari murabitun (penjaga masjid) yang berjaga di situ.

Terdahulu, seorang pemuda Palestin dari al-Quds ditahan ketika keluar dari masjid suci itu selepas menunaikan solat Isyak.

Suasana di masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu semakin tegang berikutan tindakan pertubuhan pelampau Yahudi menyeru supaya pengikut mereka menyambut perayaan Paskah di atas tapak suci umat Islam itu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts