Tentera Zionis serbu Aqabat al-Saraya, cari pembinaan tanpa lesen

AL-QUDS, 24 Okt 2017 — Suasana tegang tercetus apabila tentera mengiringi pekerja pihak perbandaran Zionis menyerbu masuk kawasan penduduk Palestin di Aqabat al-Saraya di kota al-Quds.

Serbuan tersebut bertujuan untuk mengesan rumah-rumah yang dibina atau dibaiki tanpa kebenaran, kerja-kerja pemulihan atau membaiki insfrastruktur, serta menggeledah rumah penduduk yang didakwa terlibat dalam aktiviti anti-penjajahan.

Sementara itu, pasukan tentera menutup jalan Salah Ad-Din berdekatan Tembok Bersejarah al-Quds atas alasan mereka telah menemui objek yang mencurigakan di situ. Penutupan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk, kerana ia merupakan laluan paling aktif di kota al-Quds.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts