Tentera Zionis serbu bandar-bandar di Tebing Barat, tangkap 20 penduduk

NABLUS, 16 Mei 2017 (Maan) — Tentera Zionis menangkap sekurang-kurangnya 20 penduduk Palestin dalam operasi di seluruh Tebing Barat malam tadi.

Lebih 15 buah kenderaan tentera Zionis menyerbu masuk bandar Tell di barat kota Nablus dan menggeledah rumah penduduk sehingga mencetus pertempuran serta menangkap dua pemuda, Hamza Ahmad Said Ramadan, 26, and Samir Taleb Silwadi, 21.

Operasi besar-besaran juga dilakukan di kem perlarian Balata di timur kota Nablus, di mana tentera berkawal di atas bumbung ketika sebahagian yang lain memecah masuk serta menggeledah rumah penduduk. Pemuda Palestin bertindak dengan membaling batu ke arah tentera.

Dalam pada itu pasukan khas seramai 150 orang askar bersama badan pegawai perisikan Zionis menyerbu bandar Yatta di selatan al-Khalil untuk memecah masuk rumah penduduk dan menangkap seorang wanita.

Serbuan yang mencetus pertempuran juga berlaku di bandar Azzun di timur kota Qalqilya, di mana seorang askar Zionis tercedera apabila kenderaannya terbalik. Empat buah rumah digeledah dan seorang penduduk ditangkap. Manakala seorang lagi ditangkap dari perkampungan Kafr Hareth.

Di daerah Ramallah dan al-Bireh, seorang penduduk ditangkap di Nilin, seorang dari Qarawat Bani Zeid, dua dari al-Mazraa al-Qibliya, seorang dari Birzeit dan dua lagi dari Deir Abu Mashaal.

Seorang penduduk kem pelarian Aqabat Jaber di daerah Jericho turut menjadi mangsa.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts