NABLUS, 4 Jun 2017 (PIC) — Pasukan tentera bersama pakar arkeologi penjajah Zionis menyerbu dusun Yanun di perkampungan Aqraba di timur wilayah Nablus dengan menaiki kenderaan awam petang tadi.
Mereka menggeledah beberapa buah rumah yang ditinggalkan dan cuba memasuki sebuah masjid di dusun tersebut. Sungguhpun mereka gagal memasuki masjid kerana beberapa orang ahli jemaah sedang berada di dalamnya, mereka berjaya mengambil foto-foto dalaman masjid tersebut.
Pakar arkeologi Zionis tersebut mendakwa tembok selatan masjid melencong sebanyak 10 darjah dari kiblat, dan seperti mengarah ke Baitul Maqdis. Oleh itu, kata beliau, masjid tersebut “bukan tempat ibadat orang Islam.”
Pasukan Zionis itu turut menjalankan aktiviti penggalian di kawasan rumah-rumah yang ditinggalkan di sekitar kawasan masjid, kononnya untuk menjejak peninggalan kaum Yahudi.
Pencerobohan pasukan Zionis itu berterusan sehingga waktu Maghrib.



