Tentera Zionis Serbu Hospital, Rampas Rekod Pesakit

AL-QUDS, 27 Okt 2015 (Maan) — Tentera Zionis menyerbu Hospital al-Makassed di kejiranan al-Tur dan merampas rekod salah seorang pesakitnya.

Unit khas tentera tersebut memasuki jabatan kecemasan dan mendesak untuk mendapatkan rekod rawatan seorang pesakit yang dirawat beberapa hari terdahulu. Mereka mendakwa telah mendapat kebenaran daripada sebuah mahkamah Zionis untuk merampas rekod pesakit tersebut, dan enggan meninggalkan hospital sehinggalah maklumat berkaitan diserahkan.

Tentera Zionis sering menyerang hospital untuk mendapatkan rekod rawatan serta menahan pesakit.

Awal bulan ini, pasukan polis berpakaian preman seperti penduduk Palestin menyerang masuk Hospital al-Arabi di Nablus dan menangkap seorang pesakit Palestin.

Manakala pada pertengahan bulan ini, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin mengecam tindakan tentera Zionis terhadap petugas mereka. Tentera menyerang ambulan dan menahan pesakit Palestin yang dibawa untuk mendapatkan rawatan. Tindakan tersebut dilihat sebagai pencabulan secara terang-terangan terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts